Seo Services

Keuntungan Selepas Cukai PETRONAS Melonjak 100 Peratus


KUALA LUMPUR: PETRONAS mencatatkan lonjakan 100 peratus bagi keuntungan selepas cukai (PAT) kepada RM17.3 bilion bagi separuh pertama tahun ini, berbanding RM6.4 bilion bagi tempoh yang sama 2016.

Pendapatan gergasi minyak dan gas (O&G) negara itu turut mengukuh 15 peratus kepada RM108.1 bilion bagi tempoh dikaji, berbanding RM93.7 bilion bagi tempoh separuh tahun pertama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata pendapatan kukuh itu disumbangkan purata harga minyak dunia yang lebih tinggi, margin yang lebih baik dan manfaat inisiatif penjimatan kosnya.

Katanya, EBITDA kumpulan itu turut naik 35 peratus kepada RM45.2 bilion pada separuh tahun pertama tahun ini, berbanding RM33.6 bilion yang direkodkan sepanjang tempoh sama 2016.

"Kami menutup separuh tahun pertama ini dengan keputusan kewangan yang kukuh disumbangkan harga minyak dunia yang memberikan impak besar, selain keputusan positif daripada langkah transformasi," katanya pada sidang media pengumuman prestasi kewangannya itu, di sini, sebentar tadi. - BHOnline
Keuntungan Selepas Cukai PETRONAS Melonjak 100 Peratus Keuntungan Selepas Cukai PETRONAS Melonjak 100 Peratus Reviewed by Azmin on August 25, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.