Seo Services

KL2017 : Malaysia Dahului Dengan 51 Emas



Semangat Malaysia terus membara apabila mengekalkan kedudukan pertama dengan 51 pingat emas Sukan SEA 2017.

Malaysia yang kini mengutip keseluruhan 122 pingat turut membolot 39 pingat perak dan 32 gangsa.

Pencabar Malaysia yang berada di tangga kedua adalah Singapura dengan mengumpul 75 pingat selepas meraih 27 emas, 23 perak dan 25 gangsa.

Di kedudukan ketiga pula adalah Vietnam dengan 70 pingat apabila meraih 27 emas, 19 perak dan 24 gangsa.

Thailand pula berada di tangga keempat dengan 17 emas, 30 perak dan 35 gangsa sekali gus menjadikan kesemuanya sebanyak 82 pingat.

Seterusnya, Indonesia pula di kedudukan kelima, seterusnya diikuti Filipina, Myanmar, Brunei, Laos, Cambodia dan Timur Leste.

Jumlah pingat yang dikumpul setakat jam 3 petang, hari ini. - SH
KL2017 : Malaysia Dahului Dengan 51 Emas  KL2017 : Malaysia Dahului Dengan 51 Emas Reviewed by Unknown on August 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.