Seo Services

Sarawak Perlu Ada Pelan Strategik



KUCHING: Sarawak perlu ada pelan strategik untuk meningkatkan tahap perindustrian di negeri ini kepada Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ketika ini Sarawak masih belum mencapai sepenuhnya revolusi perindustrian 2.0 iaitu industri berasaskan buruh.

“Jika tiada inisiatif diambil untuk meningkatkan tahap sampai ke tahan Industri 4.0, ekonomi negeri ini boleh berdepan kesukaran,” katanya.

Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, ketersambungan teknologi maklumat dan infrastruktur yang baik merupakan kunci utama untuk mencapai tahap Industri 4.0, menyaksikan ‘Internet of Things (IoT) berperanan dalam semua sektor dan aspek kehidupan seharian.

“Ada pihak yang mungkin bertanya kenapa saya mahu melonjakkan industri di Sarawak kepada 4.0 sedangkan 2.0 pun belum dicapai sepenuhnya, sebab itulah kita memerlukan pelan strategik tertentu bagi mencapai status ini dan kunci utama ialah mempunyai ketersambungan Internet dan infrastruktur yang baik,” ujarnya.

Tambahnya, antara inisiatif dilaksanakan ke arah mencapai Industri 4.0 ialah membangunkan ekonomi digital dengan tujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi serta bakat muda dimiliki Sarawak.

“Sarawak mempunyai ramai bakat muda dan kebanyakan mereka ini berada di luar negara (sama ada belajar atau bekerja), kita akan membawa mereka pulang dan bekerja dalam ekosistem 4.0 yang bakal kita wujudkan nanti.

“Oleh sebab itu kita sering bercakap mengenai usaha membangunkan data (Internet) yang besar,” ujarnya.– Sarawakiana

Sarawak Perlu Ada Pelan Strategik Sarawak Perlu Ada Pelan Strategik Reviewed by uMieySurianie on August 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.