Seo Services

Kenari 'Masuk' Kedai Mesra Petronas


Pitam dipercayai punca seorang warga emas lelaki hilang kawalan sebelum Perodua Kenari dipandunya bergesel dua kenderaan dan merempuh Kedai Mesra stesen minyak Petronas Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, warga emas berusia 71 tahun itu dikatakan selesai mengisi minyak namun apabila bergerak hilang kawalan lalu bergesel motosikal Yamaha Lc dan Perodua Kancil sebelum merempuh pintu kaca kedai berkenaan.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 30, berkata ketika kejadian dia mengisi angin tayar motosikalnya sebelum terdengar dentuman kuat.

"Bunyi kuat itu menyebabkan saya berlari ke bahagian depan stesen minyak sebelum melihat sebuah Perodua Kenari berada di dalam premis berkenaan.

"Seorang warga emas lelaki kemudiannya keluar tanpa sebarang kecederaan dan meminta maaf kepada kira-kira empat kakitangan stesen berkenaan.

"Warga emas yang memandu seorang diri itu mendakwa hampir pitam dan tidak sedar apa yang berlaku," katanya..

Menurutnya, ketika kejadian dua kakitangan yang berada di kaunter menangis ketakutan manakala seorang pekerja yang menyusun barang dilihat kaku dan seorang kakitangan lelaki meluru dari stor.

"Mujurlah tiada sebarang kecederaan dan pengurusan kemudiannya membuat laporan polis dan menutup pintu kaca berkenaan menggunakan zink," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, kejadian itu menyebabkan kerosakan pada rak simpanan makanan dan beberapa peti sejuk.

Selain itu, semua mesin pengeluaran wang (ATM) dan mesin deposit tunai tidak boleh digunakan buat sementara waktu.-myMetro
Kenari 'Masuk' Kedai Mesra Petronas Kenari 'Masuk' Kedai Mesra Petronas Reviewed by Unknown on September 13, 2017 Rating: 5

3 comments:

  1. sedih betul news ini, macam mana boleh hilang kawalan???
    kesian isi minyak sahaja, sekarang kereta pun kena repair dah...
    minyak pun dah mahal, sekarang kena ganti glass glass lagi

    ReplyDelete
  2. Kesian betul... memang susah kalau mcm tu.. kesian org tua tu.. dan boss station tu... Open door je... tapi mlm2 tu.. kena ada penjaga kat sana..

    ReplyDelete
  3. Skrg ada lah.. petronas blh dpt sampai 3x point... tapi kesian juga penjaga kedia tu... harap2 org tua tu ok... Ingat benda in berlaku kat KL.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.