Seo Services

Sarawak Mahu Peruntukan Lebih Besar Dalam Bajet 2018


Sarawak mengharapkan peruntukan lebih besar diterima terutama untuk projek luar bandar dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata, ini kerana Sarawak memerlukan banyak dana untuk melengkapkan kemudahan bekalan air dan elektrik.

“Saya yakin Bajet 2018 adalah bajet mesra dan akan memberi lebih banyak peruntukan kepada Sarawak untuk membangunkan luar bandar,” katanya.

Selain itu, Wong juga ingin melihat lebih banyak peruntukan untuk pembinaan jalan dan jambatan di sepanjang jalan pesisir negeri ini.

Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan jalan pesisir yang telah diluluskan oleh kabinet persekutuan.

"Ianya memerlukan pembinaan banyak jambatan untuk menghubungkan sepanjang laluan tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wong berkata, kerajaan persekutuan juga perlu menyediakan banyak peruntukan untuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo agar ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan menyokong jangkaan dalam laporan RHB baru-baru ini yang menyebut Bajet 2018 mungkin akan memperkenalkan cukai e-dagang.

“Saya rasa ia adalah perlu kerana banyak transaksi dijalankan menerusi e-dagang yang kadang-kadang tidak dapat dikesan.

“Jadi peraturan perlu diwujudkan untuk mengawalnya supaya orang yang mengaut keuntungan menerusi e-dagang perlu membayar cukai untuk pendapatan mereka,” katanya. - Sarawakiana
Sarawak Mahu Peruntukan Lebih Besar Dalam Bajet 2018 Sarawak Mahu Peruntukan Lebih Besar Dalam Bajet 2018 Reviewed by uMieySurianie on September 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.