Seo Services

Amalan 'Status Quo' Dalam Politik Sudah Tidak Releven


Amalan 'status quo' untuk pengagihan kerusi sudah tidak releven lagi untuk diamalkan pada pilihan raya akan datang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa.

Menurutnya, apa yang lebih penting kini adalah sama ada parti dapat memenangi kerusi tersebut ataupun tidak, lapor Utusan Borneo.

“Kriteria untuk memilih calon sekarang adalah kebolehmenangan dan bukan hanya kerana parti itu pernah bertanding di kerusi berkenaan,"

Beliau turut menegaskan parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya perlu menerima realiti politik baharu di mana ‘status quo’ untuk agihan kerusi harus dihentikan.

“Ini adalah realiti politik baharu yang tidak dapat dilihat atau diterima oleh segelintir parti dan parti komponen BN mesti bersedia untuk memberi laluan demi kepentingan BN,” katanya.

Tambah beliau lagi, tindakan segelintir ahli politik yang keras mahu bertanding walaupun akan kehilangan kerusi adalah politik yang mementingkan diri sendiri lebih daripada kepentingan BN.

“Itu bukan semangat BN. Semangat BN yang tulen ialah bagi semua parti untuk memastikan kemenangan maksimum bagi BN,” tegas Dr Rayong. - Sarawakiana
Amalan 'Status Quo' Dalam Politik Sudah Tidak Releven Amalan 'Status Quo' Dalam Politik Sudah Tidak Releven Reviewed by Unknown on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.