Seo Services

China Tidak Bertolak Ansur Dengan Rasuah



BEIJING: Presiden China, Xi Jinping, berkata kerajaannya tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan rasuah dalam Parti Komunis yang memerintah.

Beliau berkata demikian ketika berucap kongres parti itu di sini, hari ini, sambil memberi amaran kegiatan rasuah yang berleluasa mampu mengancam kewujudan parti.

Jinping berkata, beliau sudah menyaksikan kesan rasuah terhadap ramai pemimpin tertinggi parti, kerajaan dan tentera.

Dalam ucapannya, beliau turut meminta supaya prinsip Satu China dikekalkan, iaitu merujuk kepada dasar Kerajaan China yang menetapkan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada negara itu.

"Kerajaan China menentang dan menghalang usaha Taiwan untuk mendapatkan kemerdekaan sejak lima tahun lalu," katanya yang bersedia mengambil langkah sewajarnya untuk menguasai Taiwan jika perlu berbuat demikian. - Reuters
China Tidak Bertolak Ansur Dengan Rasuah China Tidak Bertolak Ansur Dengan Rasuah Reviewed by uMieySurianie on October 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.