Seo Services

Kekalkan Keharmonian Kaum Di Sarawak - Uggah



KUCHING: Adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Sarawak untuk memastikan negeri ini terus berada dalam keharmonian agama dan perpaduan kaum.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah, kerajaan sedang berusaha untuk memastikan keamanan dan keharmonian di negeri ini bertahun-tahun tidak diganggu.

Memetik laporan The Borneo Post, beliau mendedahkan bahawa Unit untuk Agama Lain (Unifor) di Sarawak sentiasa berhubung dengan pegawai-pegawai Islam negeri untuk bertukar – tukar pendapat dari semasa ke semasa.

“Saya percaya semua orang di Sarawak juga melakukan yang terbaik untuk mengekalkan keharmonian agama dan perpaduan kaum, "katanya.

Beliau menggalakkan masyarakat yang berbeza agama atau bangsa untuk saling menziarahi antara satu sama lain di musim perayaan.- Sarawakiana
Kekalkan Keharmonian Kaum Di Sarawak - Uggah Kekalkan Keharmonian Kaum Di Sarawak - Uggah Reviewed by uMieySurianie on October 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.