KUCHING : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim meminta kementerian dan syarikat penyedia kemudahan telekomunikasi memperluaskan kawasan liputan telekomunikasi di kawasan Parlimen Batang Lupar.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Batang Lupar berkata beberapa kawasan di Batang Lupar tidak mendapat liputan telefon dan ia menjadi masalah perhubungan sesama masyarakat di situ dan di luar kawasan.
"Liputan telekomunikasi bukan sekadar untuk membawa pelabur ke kawasan (Batang Lupar) tetapi untuk memudahkan perhubungan di mana-mana," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kembara Batang Lupar 2017 anjuran kementeriannya di sini malam tadi.
Katanya, beliau telah menulis kepada kementerian terbabit serta syarikat penyedia telekomunikasi sambil meminta wartawan yang menyertai kembara itu turut menyuarakannya dalam penulisan masing-masing. - Bernama
Liputan Telekomunikasi Di Batang Lupar Perlu Diperluaskan
Reviewed by Unknown
on
October 23, 2017
Rating:
No comments: