Kecoh di Twitter, seorang gadis mendakwa dirinya sebagai teman wanita kepada penyanyi lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino, memberi amaran pada gadis ini agar tidak menganggu lelaki itu.
Ceritanya, Umy pada awalnya memuat gambar dirinya di Instagram yang menunjukkan dirinya duduk di atas pelamin berserta dengan kapsyen, "@official_aimantino bila nak masuk meminang saya? Emmm tanya je," tulisnya.
Bagaimanapun, kapsyennya itu mendapat perhatian dari seorang gadis lain yang kemudian meninggalkan komen berikut:
"Asalam. Saya gf kepada Aiman Tino. Saya sama dia dah lama kawan. Ibu dia dah setuju tu masuk meminang kami dua. Jangan kacau kami dua, faham," tulisnya berserta dengan emoticon marah.
Umy kemudian memuat naik gambar komen gadis berkenaan di Twitter dan dia tidak menyangka Aiman Tino mempunyai 'taste' seperti itu.
"Korang, aku tengah murung. Tak sangka taste Aiman Tino macam ni. Bantuin aku ya Allah," tulisnya.
"Kelakar weh. Terkejut tengok notifikasi masuk berdesup. Rupanya bakal tunang Aiman Tino. Hukhuk.
"Selepas ini tak minat Aiman Tino dah. Muruh aku setahun," tulisnya lagi.
Bagaimanapun, Umy menjelaskan dia tidak menilai wajah gadis berkenaan, dan tiada niat dia nak downgradekan sesiapa.
"Sebelum macam-macam lagi orang kutuk aku, biar aku explain dulu ye. Dalam post tu aku takde mention pun dia buruk, tak cantik ke apa ke. Dia comel je weh!
"Maksud aku 'taste Aiman' tu pasal kebudak-budakan dia. Seriously bukan nak downgradekan sesiapa. Sorry," tulisnya.
Ogos lalu, dalam laporan Berita Harian, Aiman menegaskan dirinya masih solo berikutan ramai gadis yang memuat naik gambar bersama dengannya yang kemudian mengakui Aiman Tino adalah kekasih mereka.-The Reporter
'Jangan Kacau Aiman Tino! Saya GF Aiman Tino'
Reviewed by Unknown
on
November 30, 2017
Rating:
No comments: