Seo Services

Kajian Sahkan Kahwin Boleh Halang Penyakit Nyanyuk!



PARIS- Perkahwinan adakalanya akan menguji tahap kesabaran dan mental seseorang tak kira si isteri mahupun si suami.

Tapi, tahukah anda bahawa menurut pakar, semakin lama usia sesebuah perkahwinan, ianya akan menurunkan tahap risiko untuk menghidapi penyakit dementia atau nyanyuk.

Dementia merupakan satu penyakit yang berkaitan dengan daya ingatan dan juga disebabkan oleh kematian sel-sel otak secara abnormal.

Kajian juga telah dijalankan oleh pakar yang meliputi lebih daripada 800,000 orang.

Keputusannya mendapati bahawa individu yang hidup bersendirian berpeluang tinggi untuk menghidap Alzheimer serta bentuk dementia yang lain sebanyak 40 peratus!

Selain itu, wanita yang kematian suami juga akan mengalami kemerosotan mental sebanyak kira-kira 20 peratus.

“Terdapat banyak manfaat kesihatan yang sangat baik dalam perkahwiann. Jadi kami mendapati mungkin akan ada banyak lagi risiko tinggi yang lain dalam kalangan individu yang belum berkahwin.

“Tapi kami sangat terkejut dengan kekuatan penemuan kajian ini,” kata penulis utama Andrew Sommerland, yang merupakan ahli psikiatri dan penyelidik di University College London, dipetik daripada portal NST.

Tambahnya, jika pasangan yang tinggal bersama tanpa berkahwin juga akan dianggap telah berkahwin bagi tujuan kajian itu.

Namun lain pula bagi pasangan tua yang telah bercerai kerana kemungkinan mereka tidak akan menderita penyakit nyanyuk.

Dalam masa yang sama, di kategori yang lain, terdapat beberapa perbezaan yang tidak dapat dikesan tentang kadar penurunan mental antara perempuan dan lelaki.

Oleh kerana mahu mendapatkan jawapan yang tepat mengenai kaitan antara perkahwinan dengan penyakit demesia, Sommerland telah bekerjasama dengan rakannya dengan mengkaji data daripada 15 kajian terdahulu yang meliputi seramai 812,000 orang dari banyak negara.

Kebanyakan mereka berasal dari Sweden tetapi masih ada lagi dari negara lain seperti Perancis, Jerman, China, Jepun, Amerika Syarikat dan Brazil bertujuan untuk mengesahkan sedikit variasi tentang kebudayaan.

Penemuan yang terperinci telah tercatit di dalam Journal Of Neurology, Neurosurgery & Psychiatry.

Walaupun hasil kajian itu kukuh, namun masih ada lagi persoalan yang timbul.

Hal ini kerana kajian yang dilakukan merupakan pemerhatian sahaja dan bukannya melalui cara eksperimen yang terkawal.

“Kami tak fikir ia hanya membawa faktor kepada perkahwinan sahaja yang dapat mengurangkan risiko tersebut. Tapi mungkin ada kena mengena dengan gaya hidup yang dipraktikkan dengan pasangan tersebut.

“Maksud gaya hidup itu ialah dengan cara mengambil berat tentang kesihatan, diet dan bersenam.

“Ataupun dengan cara mempunyai satu kumpulan rakan-rakan yang rapat bertujuan untuk lebih bersosial bersama mereka serta sering berkongsikan masalah,” tambah Sommerland.

Selain itu, dalam kajian yang terdahulu mengatakan bahawa jika seseorang individu itu hidup bersendirian, risiko untuknya mati ketika muda sangat tinggi!

Stres yang melampau akibat kehilangan pasangan hidup juga akan memberi kesan kepada neuron di hippocampis, lokus utama ingatan, pembelajaran dan emosi.

“Teori ini telah menjelaskan risiko mendapat penyakit demensia yang meningkat ialah untuk golongan yang kematian pasangan dan bukannya untuk yang bercerai,” ujarnya lagi.

Mungkin itu semua juga ada kaitan dengan cara gaya hidup yang dilakukan oleh golongan yang sudah berkahwin dan bujang.

Christopher Chen dari Universiti Kebangsaan Singapura dan Vincent Mok dari Universiti Cina Hong Kong juga mengatakan bahawa penyelidik perlu menumpukan lebih lagi perhatian kepada cara untuk mereka menterjemahkan penemuan itu dan menjadikan ianya strategi untuk mencegah penyakit demensta. –MYNEWSHUB.CC / AH
Kajian Sahkan Kahwin Boleh Halang Penyakit Nyanyuk! Kajian Sahkan Kahwin Boleh Halang Penyakit Nyanyuk! Reviewed by uMieySurianie on November 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.