Seo Services

619 pelajar asnaf terima zakat kakitangan PETRONAS



KUANTAN: Seramai 619 pelajar di sekitar daerah ini menerima sumbangan zakat kakitangan PETRONAS bagi meringankan beban menjalani sesi persekolahan mereka.

Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah, berkata Petronas melalui Badan Kebajikan Kakitangan Islam PETRONAS (BAKIP) memperuntukkan sumbangan zakat berjumlah RM60,000 kepada pelajar di daerah ini.

"Program sumbangan ini adalah inisiatif syarikat yang sentiasa prihatin kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan pendidikan di negeri ini.

"Sumbangan ini juga diberikan selari dengan misi syarikat untuk menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat terutama golongan pelajar asnaf yang layak menerimanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Kakitangan PETRONAS yang dirasmikan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan negeri, Mohd Raauf Jali di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals MTBE, Azlimi Md Lazim.

Wan Mohd Hasnan berkata, pihaknya sudah menyampaikan bantuan zakat terbabit kepada kira-kira 344 pelajar asnaf di kawasan Tanjung Lumpur dan Balok pada Disember lalu.

"Majlis pada hari ini sebagai penutup bagi pengagihan sumbangan zakat ini kepada pelajar yang layak membabitkan 15 sekolah membabitkan sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menegah kebangsaan (SMK) di kawasan Beserah.

"Kita berharap dengan usaha kecil yang dilaksanakan ini dapat meringankan beban dan kesulitan mereka yang memerlukan, di samping menjaga kebajikan mereka," katanya.-BHOnline
619 pelajar asnaf terima zakat kakitangan PETRONAS 619 pelajar asnaf terima zakat kakitangan PETRONAS Reviewed by Unknown on January 25, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.