Seo Services

Berang Gara-gara Cinta Ditolak


LIMBANG – Gara-gara cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak samseng dengan melempang dan mencekik bekas teman wanitanya di Kampung Baru Kuala Baram di sini malam Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang, Deputi Superinten­dan Tega Bilong berkata, dalam kejadian pukul 8.40 malam itu, mangsa yang berusia 18 tahun lebam pada pipi sebelah kiri, ­leher dan tangan akibat dibelasah lelaki itu.

Menurutnya, suspek yang berusia 19 tahun datang ke rumah mangsa dan terus membelasahnya kerana berang mangsa enggan kembali bersamanya.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut menarik tangan mang­sa dengan kasar, menarik rambut dan bertindak memecahkan telefon bimbitnya. - Kosmo
Berang Gara-gara Cinta Ditolak Berang Gara-gara Cinta Ditolak Reviewed by Unknown on January 25, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.