Seo Services

Bekerja Dalam Satu Pasukan - EXCO

SEMATAN: Semua peringkat pegawai serta kakitangan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, perlu sentiasa menanam semangat bekerja sebagai satu pasukan, walaupun mereka bertugas dalam jabatan serta agensi berasingan.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semangat berpasukan penting dalam melaksanakan strategi serta pelan perancangan strategik Kementerian berkenaan.

Beliau berkata, berikutan Kementerian itu masih baharu kerana ia diwujudkan hasil penggabungan dua Kementerian berasingan sebelum ini, semua warganya harus berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baharu.

"Cabaran utama kita sekarang ialah untuk melaksanakan pelan strategik selaras dengan visi Kementerian iaitu 'Menerajui Kemajuan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

"Kita juga perlu bekerjasama untuk mencapai misi menjadikan Sarawak sebagai destinasi utama pelancongan, pameran seni budaya yang unik serta pusat kecemerlangan belia dan sukan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena penutupan kursus 'team building' Kementeriannya di Palm Beach Resort, di sini, hari ini.

Seramai 130 peserta kalangan kakitangan semua agensi Kementerian terbabit termasuk Lembaga Pelancongan Sarawak, Biro Konvensyen Sarawak, Perbadanan Sukan Sarawak, Majlis Sukan Negeri, Jabatan Muzium Sarawak, Majlis Seni Sarawak dan Majlis Kraf Sarawak menyertai kursus lima hari itu.

Ikrar integriti oleh semua peserta yang diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hii Chang Kee, turut diadakan pada majlis penutup kursus itu. - BHOnline
Bekerja Dalam Satu Pasukan - EXCO Bekerja Dalam Satu Pasukan - EXCO Reviewed by Azmin on January 31, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.