BINTULU: Sejumlah RM200 juta diperuntukkan kerajaan bagi menaik taraf status Sebauh sebagai sebuah daerah sejak dua tahun lalu, dengan tumpuan pada usaha menambah baik kemudahan awam dan infrastruktur berkaitan.
Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata projek pembangunan diluluskan itu meliputi pembinaan Jambatan Sebauh merentangi Sungai Kemena membabitkan peruntukan RM150 juta, selain Jalan Kampung Labang (RM10 juta) dan Jalan Kampung Hilir ke Tanah Perkuburan Selia (RM31 juta).
Katanya, dua projek pembangunan, iaitu Jambatan Sebauh dan pembesaran Pejabat Daerah Sebauh, sedang dalam peringkat menyiapkan pelan reka bentuk dengan kerja pembinaan dijangka bermula dalam tempoh terdekat.
Sejumlah RM200 juta diperuntukkan kerajaan bagi menaiktaraf status Sebauh sebagai sebuah daerah sejak dua tahun lalu, dengan penumpuan kepada usaha menambahbaik kemudahan awam dan infrastruktur berkaitan di Bintulu. - Foto Erika George
"Kita dalam perancangan melaksanakan Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) bagi lima rumah panjang di Sigu, Sebauh dan pembinaan 10 menara telekomunikasi bagi memperbaiki mutu jaringan komunikasi di daerah itu.
"Ini jelas memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar, termasuk memperkasakan sosioekonomi segenap lapisan rakyat," katanya ketika ditemui BH di sini, semalam.
Terdahulu, beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN Sarawak menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PBB Cawangan Kemena, di sini.
Rundi menjelaskan semua projek terbabit dilaksanakan secara berperingkat dalam usaha memperbaiki mutu kemudahan prasarana dan infrastruktur di Sebauh serta kawasan berhampirannya.
Ditanya mengenai pelaksanaan Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES), beliau menyifatkannya, yang pertama dilaksanakan di Rumah Panjang Irai Gasing, Sungai Binyo di sini, sebagai berjaya mencapai matlamat apabila penduduk terbabit kini menikmati bekalan elektrik 24 jam sejak setahun lalu.
"Projek SARES akan diteruskan ke Binyo dan kawasan berhampiran bagi memberi kemudahan elektrik 24 jam sementara menunggu bekalan elektrik dijana menerusi sistem grid," katanya.
Sementara itu, Rundi berkata, projek pembinaan Jalan Binyo-Genaan akan diteruskan bagi memastikan penduduk di kawasan terbabit menikmati jaringan jalan raya lebih baik pada masa depan.
"Jalan sedia ada akan kita perbaiki dari semasa ke semasa bagi kemudahan penduduk di kawasan itu sama ada untuk ke Pekan Sebauh atau pusat bandar (Bintulu)," katanya.
Cuma, katanya, penduduk harus bersabar kerana sesebuah projek pembangunan itu tidak dapat dilaksanakan serentak tetapi secara berperingkat dan mengikut perancangan ditetapkan.-BH
BN Sarawak Komited Bangunkan Luar Bandar
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:

No comments: