Seo Services

Britain Tubuh Unit Tangani Berita Palsu


LONDON: Kerajaan Britain akan menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Perdana Menteri Britain, Theresa May sebelum ini menuduh Rusia campur tangan dalam pilihan raya serta media negara itu mengeluarkan berita-berita dan gambar palsu sebagai satu tindakan untuk melemahkan institusi Barat.

Rusia bagaimanapun mena­fikan campur tangan dalam pilihan raya asing termasuklah ketika referendum Brexit dan kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 2016.

Perkara itu diumukan selepas May mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara yang terdiri daripada menteri dan pegawai kanan ke­selamatan.

‘Kita hidup dalam era berita palsu. Kerajaan akan bertindak balas dengan penggunaan ke­selamatan komunikasi yang lebih baik bagi menangani isu tersebut,” kata jurucakap May.

“Kami akan membina keupayaan sedia ada dengan mewujudkan satu unit keselamatan komunikasi nasional yang berdedikasi, ditugaskan untuk memerangi maklumat yang tidak diketahui oleh media asing,” kata jurucakap berke­naan yang tidak didedahkan identitinya.

Jurucakap itu bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai bagaimana unit berkenaan akan beroperasi atau di mana ia bakal ditempatkan.

Terdahulu, ahli Parlimen Bri­tain menuntut maklumat daripada Facebook berhubung sebarang aktiviti berbayar oleh akaun laman berkenaan yang dikaitkan dengan Rusia ketika referendum Brexit dan pilihan raya United Kingdom sebelum ini.–REUTERS
Britain Tubuh Unit Tangani Berita Palsu Britain Tubuh Unit Tangani Berita Palsu Reviewed by Unknown on January 25, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.