Seo Services

Wanita Pengsan, Melecur Dalam Kebakaran Di Miri


MIRI: Seorang surirumah melecur di tangan selepas rumah didiami bersama suami dan dua anaknya di Beluru Bakong di sini, terbakar pagi ini

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri, Lau Poh Kiong berkata, dalam kejadian tersebut, dua anak mangsa sempat menyelamatkan diri, namun mangsa yang pengsan mengalami kecederaan ringan iaitu melecur di tangan kanan.

Katanya, mangsa, Chua Bee Hong, 48, bernasib baik kerana sempat dibawa keluar oleh suaminya sebelum dihantar ke Klinik Beluru untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pihak bomba yang menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 10.53 pagi, telah menghantar tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri diketuai Sulaiman Julaihi untuk menjalankan operasi pemadaman.

"Operasi yang turut dibantu oleh dua anggota bomba sukarela dari Entulang berjaya mengawal kebakaran pada pukul 12.30 tengah hari," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kediaman yang musnah 100 peratus dalam insiden itu bukanlah milik keluarga berkenaan, namun empat beranak terbabit mendiami rumah tersebut sebagai penjaga.-Utusan Online
Wanita Pengsan, Melecur Dalam Kebakaran Di Miri Wanita Pengsan, Melecur Dalam Kebakaran Di Miri Reviewed by Unknown on January 25, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.