MARANG - Seorang buruh disyaki pengedar dadah jenis pil kuda diberkas polis dalam serbuan di rumahnya di Kampung Jambu Bongkok di sini pada Ahad lalu.
Dalam serbuan pada pukul 2 petang itu, suspek berusia 27 tahun telah ditahan bersama 1,000 biji pil berwarna merah dan hijau dipercayai pil kuda yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, serbuan dilakukan selepas risikan selama beberapa bulan mengesyaki lelaki tersebut terlibat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah ini.
"Pemeriksaan di bahagian dapur rumah itu telah menjumpai sebotol plastik yang mengandungi pil disyaki pil kuda di dalam sebuah raga," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini hari ini. - K! ONLINE
Buruh Disyaki Pengedar Dadah Ditahan Bersama 1,000 Biji Pil Kuda
Reviewed by Unknown
on
January 18, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 18, 2018
Rating:

No comments: