Seo Services

Tikam Ayah Kerana Cemburu


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh anak lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Taman Nusa Bestari di sini, semalam.

Malah isteri mangsa berusia 40-an turut disyaki terlibat selain beberapa rakan suspek.

Susulan itu, polis menahan isteri mangsa, anak lelaki dan tiga rakan anaknya beberapa jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, isteri, suspek dan seorang rakan suspek berusia 18 tahun ditahan di sekitar Taman Nusa Bestari.

Menurutnya, dua lagi rakan suspek juga berusia 18 tahun ditahan di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sekitar jam 4 petang semalam.

“Mangsa dipercayai dibunuh anak lelakinya sendiri. Manakala, isteri mangsa dan rakan suspek disyaki terbabit dalam kejadian ini.

“Kita masih mengesan seorang lagi rakan suspek yang melarikan diri selepas kejadian,” katanya.

Noor Hashim berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 11 pagi memaklumkan mengenai kejadian pecah rumah dan menemui seorang lelaki berusia 46 tahun mati di dalam rumah.

“Mayat mangsa ditemui di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah selain terdapat kecederaan dengan satu kesan tikaman di dada kiri.

“Selain itu, terdapat titisan darah dari bilik utama hingga tempat mayat ditemui dipercayai mangsa tidur di bilik utama sebelum kejadian,” katanya.

Beliau berkata, polis mendapati terdapat kesan pergelutan di bilik utama di mana rak baju terjatuh dan katil berselerak, namun tiada barang hilang dan kesan pecah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Motif pembunuhan dipercayai cemburu iaitu lelaki ini (mangsa) dipercayai ada perempuan simpanan,” katanya.-Sinar Harian
Tikam Ayah Kerana Cemburu Tikam Ayah Kerana Cemburu Reviewed by Unknown on January 18, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.