Seo Services

Hati-Hati Melalui Jalan Ke Rumah Elly


BINTANGOR: Penduduk Rumah Elly, Jalan Wak Pakan terpaksa menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan selepas berlaku kejadian tanah susur di lereng bukit kawasan tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, selepas laporan diterima sekitar jam 8.53 pagi tadi sepasukan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bergerak ke lokasi kejadian.

"Kejadian ini (tanah susur) yang berlaku di lereng bukit berisiko boleh menutupi laluan jalan utama sekiranya hujan berterusan.

"Kita membuat pemantauan serta menasihati penduduk rumah panjang sekitar dan berdekatan supaya berhati-hati melalui kawasan kejadian terutama ketika hujan," katanya.

Menurutnya, Bomba turut memasang tali sawar-sawar di lokasi kejadian.-Sarawakiana



Hati-Hati Melalui Jalan Ke Rumah Elly Hati-Hati Melalui Jalan Ke Rumah Elly Reviewed by Unknown on January 17, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.