Seo Services

Jangan Pergi Pantai Tusan Dulu


MIRI: Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus mahu pihak yang berkaitan menyelesaikan segera masalah kemungkinan berlaku semula kejadian tanah runtuh di tebingan Pantai Tusan di Bekenu ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

Menurutnya, kawasan tebingan tersebut dan laluan pejalan kaki masih berbahaya.

“Kita turut menyarankan pengunjung supaya melawat pantai lain seperti Pantai Bungai, Peliau dan Kuala Sibuti yang juga antara destinasi pelancongan di Bekenu,” katanya.

Memetik laporan Utusan Borneo, Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, sementara menunggu kajian teknikal daripada agensi kerajaan, papan tanda amaran telah diletakkan di atas tebing berkenaan supaya pengunjung tidak pergi ke kawasan yang berpotensi berlaku tanah runtuh buat sementara waktu.

Oleh yang demikian, jalan penyelesaiannya adalah dengan membina benteng konkrit yang lebih kukuh bagi mengatasi masalah tersebut sewajarnya dilakukan.

Mengulas lanjut beliau berkata, Majlis Daerah Subis kini telah mendirikan pagar dan meletakkan plastik di kawasan tanah runtuh itu.-Sarawakiana
Jangan Pergi Pantai Tusan Dulu Jangan Pergi Pantai Tusan Dulu Reviewed by Unknown on January 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.