SHAH ALAM - Sokongan terhadap Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah atau RUU 355 sebenarnya dibuat untuk menyokong bidang kuasa mahkamah syariah yang dilihat semakin lemah.
Bagaimanapun kata Setiausaha Eksekutif BN, Zaidel Baharuddin, persetujuan terhadap pelaksanaan RUU 355 haruslah dibuat berdasarkan persepakatan konsensus.
"Sekarang ini, kita dapat lihat kuasa mahkamah syariah semakin lemah, malah ada yang tidak takut langsung dengan hukuman yang diperuntukkan dalam mahkamah syariah.
"Namun jika Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengannya, maka ia tidak akan dilaksanakan," katanya menerusi slot rancangan 'The Breakfast Grille' yang bersiaran ke udara menerusi radio BFM, pagi tadi.
RUU itu pertama kali dibentang oleh Presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei 2016.
Ia bertujuan meningkatkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah kepada 30 tahun, denda maksima RM100,000 dan sebat 100 kali berbanding 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan pada masa ini.
Pada sidang Ogos lalu, RUU itu sekali lagi ditangguh selepas pembentangan untuk kali ketiga. - SH
Sabah, Sarawak Perlu Setuju Jika Mahu Laksana RUU355
Reviewed by Unknown
on
January 16, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 16, 2018
Rating:

No comments: