Seo Services

Terima Kasih Kerajaan Negeri Kerana Bantu Pekebun Kelapa Sawit Dayak


Bantuan yang diberikan kerajaan negeri dalam membantu menyelesaikan isu pekebun kecil kelapa sawit tanpa surat hak milik tanah mendapat penghargaan daripada Dewan Peniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI).

Sambil berterima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, DCCI menerusi presidennya Datuk Joseph Salang Gandum berkata, isu berkenaan menjejaskan ramai pekebun kelapa sawit Dayak.

"Untuk itu, kita berterima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri dan kerajaan," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

Rentetan daripada bantuan yang diberikan kerajaan negeri menurutnya, Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) menarik balik keputusan sebelum ini yang membekukan pengeluaran dan memperbaharui lesen bagi pekebun kecil yang tidak mempunyai surat hak milik tanah.-Sarawakiana

Terima Kasih Kerajaan Negeri Kerana Bantu Pekebun Kelapa Sawit Dayak Terima Kasih Kerajaan Negeri Kerana Bantu Pekebun Kelapa Sawit Dayak Reviewed by Unknown on January 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.