LIMA: Sekurang-kurangnya 36 maut apabila bas yang dinaiki bertembung dengan sebuah trak sebelum terjunam kira-kira 100 meter ke dalam gaung di lebuh raya di sini, petang Selasa.
Kejadian berlaku di lebuh raya pesisiran pantai, Panamericana Norte, kira-kira 45 kilometer di utara Lima.
Ketua polis bahagian rondaan lebuh raya, Kolonel Dino Escudero mengakui ia laluan yang berbahaya kerana tebingnya curam.
"Anggota polis dan bomba kini bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa di lokasi kejadian.
"Kami percaya jumlah kematian dijangka meningkat," katanya.
Ketika kejadian, bas yang membawa 53 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan dari Huacho kira-kira 130 kilometer di utara ibu negara, Peru itu, menuju ke Lima.- Reuters
Mangsa Nahas Bas, Trak Bergelimpangan
Reviewed by uMieySurianie
on
January 03, 2018
Rating:
No comments: