KUCHING: Pelan pengurusan trafik akan dipasang sebagai langkah keselamatan bagi memastikan keselamatan pengguna lebih terjamin jika melalui Jalan Puncak Borneo (berhampiran Kampung Karu) sekiranya ia sudah dibaik pulih nanti.
Memetik laporan Utusan Borneo, Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata, pelan pengurusan trafik tersebut akan diaktifkan bagi memberi amaran kepada pengguna-pengguna yang melalui jalan tersebutkelak.
Menurutnya, kerja-kerja pembaikan jalan tersebut akan dilaksanakan berkemungkinan selepas sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang tidak lama lagi.
“Kerja-kerja fizikal untuk membaik pulih jalan yang runtuh ini akan bermula selepas cuti Tahun Baharu Cina.
“Kontraktor yang dilantik bersetuju memulakan pemasangan pelan pengurusan trafik dengan segera untuk memberi amaran kepada pengguna.” katanya.
Mengulas lanjut Jerip berkata, runtuhan di Jalan Puncak Borneo (berhampiran Kampung Karu) yang dibiarkan tanpa sebarang kerja pembaikan semula dilakukan sejak ia berlaku tiga tahun lepas.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong menjelaskan, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah melakukan penilaian tapak dan anggaran kos bagi membaik pulih jalan tersebut sejak 2015 lagi namun kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan dari segi peruntukan.-Sarawakiana
Pelan Pengurusan Trafik Di Pasang, Tingkat Kesalamatan Jalan Puncak Borneo
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:

No comments: