ADEN: Yemen mendakwa kumpulan pemisah dari selatan negara ini cuba merampas kuasa selepas mereka menawan ibu pejabat kerajaan di tengah pertempuran di bandar Aden, semalam.
Pertempuran itu menyaksikan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh sekali gus menjadikan situasi di Yemen semakin genting selepas Presiden Abderabbo Mansour Hadi mengarahkan tenteranya meletakkan senjata.
Kerajaan Yemen menggesa tentera perikatan diketuai Arab Saudi supaya masuk campur dalam isu itu selepas peningkatan ketegangan antara tentera kerajaan dan kumpulan pemisah ekoran tindakan kumpulan berkenaan mahu mengembalikan kewujudan sebuah negara Yemen merdeka yang terhenti selepas penyatuan Yemen pada 1990.
“Satu rampasan kuasa sedang berlaku di Aden bertentangan dengan kesahihan dan perpaduan negara,” kata Perdana Menteri, Ahmed bin Dagher dalam satu kenyataan. - AFP
Yemen Beri Amaran Rampasan Kuasa
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:

No comments: