KUCHING: Seramai 30 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram ditahan menerusi 27 serbuan berasingan di seluruh negeri ini membabitkan sepanjang minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua kaki judi yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 66 tahun.
Menurut beliau, serbuan yang dilaksanakan mulai 22 hingga 28 Januari lalu dilakukan di Padawan, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Sri Aman, Sarikei, Kota Samarahan, Bau, Limbang dan Song.
"21 serbuan telah dilakukan di premis menjual nombor ekor haram, manakala selebihnya serbuan melibatkan premis perjudian dalam talian.
"Menerusi kesemua serbuan itu, polis telah merampas sejumlah RM2,981 wang tunai yang disyaki hasil aktiviti haram tersebut.
"Polis turut merampas beberapa peralatan seperti telefon bimbit, kertas pertaruhan, mesin pencetak mudah alih dan tablet," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Dev memberitahu, kesemua kaki judi terbabit sudah ditahan reman untuk siasatan lanjut.
"Kes ini disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya. - K! ONLINE
Polis Tahan 30 Kaki Judi Di Sarawak
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:

No comments: