Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dan India menandatangani empat Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama dalam usaha pembangunan sektor berkenaan di kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata permeteraian MoU itu disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama Menteri Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana India, Giriraj Singh.
Bercakap kepada pemberita Malaysia,Najib berkata, empat MoU itu termasuklah perjanjian kerjasama antara SME Corp Malaysia dan National Small Industries Corporation India yang bertujuan meningkatkan kerjasama dalam usaha pembangunan PKS di kedua-dua negara di samping meningkatkan daya saing mereka di pasaran antarabangsa.
Manakala Mou kedua yang bernilai US$20 juta (US$1=RM3.8) adalah antara Malamega Ltd (Malaysia) dan Puspathy Enclave Pvt Ltd bagi meneroka pencarian dan pembekalan bahan api fosil, pembangunan tenaga hijau boleh diperbaharui dan usaha perniagaan bersama untuk perdagangan arang batu dan bahan api lain.
"MoU antara JS Rezeki Bumi Maju Sdn Bhd dan Software Technologies Pvt Ltd bernilai US$5 juta pula bagi menyediakan sistem perkhidmatan automasi yang berasaskan Kepintaran Buatan (AI) untuk Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.
MoU keempat adalah antara Orchid Life Sdn Bhd dan Vimta Labs Limited (India) yang bernilai US$960,000 melibatkan kajian praklinikal dan klinikal ke atas ekstrak kacip fatimah bagi kegunaan anti obesiti, kata Najib.
Kesemua perjanjian itu dimeterai di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India yang dihadiri Perdana Menter i sempena ulang tahun ke-25 dialog ASEAN-India. - barisannasional.org.my
PKS Malaysia-India Tandatangani Empat Memorandum Persefahaman
Reviewed by Azmin
on
January 26, 2018
Rating:

No comments: