Seo Services

Yuna Nikah Hari Ini



KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal Yuna dipercayai melangsungkan pernikahan dengan tunangnya Adam Yusof Sinclair pada hari ini di sebuah resort mewah di Bentong, Pahang.

Menguatkan lagi dakwaan tersebut, bakal kakak iparnya, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari, memuat naik sekeping gambar di Instagram telah siap didandan dengan keterangan gambar 'ready' (sudah bersedia).

Dalam pada itu di akaun Instagram salah seorang sepupu Yuna telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dekorasi perkahwinan ala taman di resort tersebut.

Semalam syarikat pengurusan dan pereka dekorasi perkahwinan, Saflora Malaysia memuat naik gambar dekorasi di Instagram yang hampir sama dengan gambar dimuat naik oleh sepupu Yuna.

Menerusi gambar tersebut. Saflora Malaysia menulis: “Siap menghias dekorasi untuk majlis perkahwinan pelanggan (artis antarabangsa).”

Selain itu Saflora Malaysia turut meletakkan tanda pagar artis Malaysia di status Instagram mereka.

Sebelum ini kad undangan perkahwinan Yuna yang tertera tarikh 28 Januari 2018 telah tersebar di internet. Yuna juga mengundang pihak media untuk menghadiri sebuah sidang akhbar di Putrajaya esok.

Sementara itu, sumber yang turut terlibat dalam kerja kahwin turut mengesahkan pernikahan penyanyi antabangsa itu di Bentong hari ini. - K! ONLINE
Yuna Nikah Hari Ini Yuna Nikah Hari Ini Reviewed by Unknown on January 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.