KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar AS yang lemah.
Pada 9 pagi, ringgit mencatatkan 3.9180/9210 berbanding dolar daripada 3.9250/9280 pada penutupan Selasa.
Ketua Pedagang Oanda Corp bagi Asia Pasifik, Stephen Innes berkata, walaupun wujud risiko susulan perbincangan perdagangan semalam, ringgit terus meningkat pagi ini.
"Gabungan harga minyak yang kukuh, dolar AS yang secara menyeluruh lemah selain sentimen risiko yang positif susulan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan pertumbuhan global yang menyeluruh sejak 2010.
"Ini meletakkan ringgit pada kedudukan yang baik menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia, esok," katanya. - Bernama
Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS
Reviewed by Unknown
on
January 24, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 24, 2018
Rating:

No comments: