Seo Services

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Gempa Bumi Di Lebak



KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang cedera atau menerima kesan secara langsung dalam insiden gempa bumi yang melanda wilayah barat daya Lebak, Provinsi Banten, Indonesia, kira-kira 1.34 tengah hari semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata kedutaan Malaysia di Jakarta telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Jakarta, Bandung serta Bogor bagi memastikan keselamatan mereka.

Antara kawasan yang dilaporkan menerima impak gegaran gempa bumi dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter itu ialah Jakarta, Bogor, Cianjur, Sukabumi dan Bandung di Jawa Barat serta beberapa wilayah di Jawa Tengah.

"Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini," demikian menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia di Indonesia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi e-mel mwjakarta@kln.gov.my atau nombor telefon +62215224947 dan +6281380813036. - Bernama
Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Gempa Bumi Di Lebak Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Gempa Bumi Di Lebak Reviewed by Unknown on January 24, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.