Seo Services

Rugi RM600,000 komputer proses data bitcoin dicuri



SERDANG: Seorang peniaga aksesori kereta berdepan risiko kerugian RM600,000 selepas empat lelaki tidak dikenali memecah masuk premis miliknya di Puncak Jalil dan melarikan 40 set barangan komputer.

Komputer terbabit yang didakwa milik seorang rakan, digunakan untuk menyimpan dan memproses data berkaitan mata wang digital 'bitcoin'.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias, berkata kejadian disedari mangsa ketika ingin membuka premisnya pada jam 9 pagi semalam.

"Sebelum pulang pada jam 12.40 tengah malam tadi, mangsa mendakwa sudah mengunci pintu premisnya. Ketika sampai ke premis itu keesokannya, dia mendapati kunci mangga dipotong dan 40 set barang komputer jenis Antminer S9 13.5th dan PSU Bitman-1600w disyaki dicuri.

"Berdasarkan laporan mangsa, komputer berkenaan adalah milik rakannya yang baru diletakkan kelmarin di premis itu untuk menjalankan perniagaan bitcoin kerana kedai milik rakannya sedang diubahsuai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Megat Mohd Aminuddin berkata, tempat kejadian adalah satu unit bangunan kedai setinggi tiga tingkat.

"Komputer berkenaan diletakkan di tingkat tiga bangunan terbabit. Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam premis, kita dapat lihat kelibat empat suspek dan pihak forensik memperoleh 22 cap jari.

"Siasatan lanjut kes ini masih berjalan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.-BHOnline
Rugi RM600,000 komputer proses data bitcoin dicuri Rugi RM600,000 komputer proses data bitcoin dicuri Reviewed by Unknown on January 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.