BETONG: Penduduk rumah panjang Engkaras di Lubok Antu berdepan detik cemas selepas berlaku tanah susur sedalam dua kaki akibat hujan lebat berhampiran kediaman mereka.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, selepas laporan diterima dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikerahkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, jarak rumah panjang 18 pintu itu dengan lokasi kejadian hanya lima meter.
Menurutnya, jarak rumah panjang 18 pintu itu dengan lokasi kejadian hanya lima meter.
"Disebabkan tanah susur tersebut, enam daripada 18 pintu rumah panjang terjejas dimana terdapat beberapa rekahan di dinding dan juga lantai," katanya.
Justeru pihak bomba menasihatkan penghuni rumah panjang agar lebih berjaga-jaga dan meminta menghubungi pihak berkuasa sekiranya kejadian tersebut berulang semula.
Pihak bomba turut mengesahkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. - Sarawakiana
Tanah Susur Cemaskan Penduduk Rumah Panjang Engkaras
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:

No comments: