Seo Services

Kalau Perkenal Undang-Undang Bendung Berita Palsu Biar Selepas PRU14


KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kajian teliti mengenai keperluan memperkenalkan undang-undang baharu khusus untuk membendung penularan berita palsu di negara ini harus dilakukan sebelum dikuatkuasakan.

Memetik laporan Utusan Broneo beliau berkata, ketika ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai banyak undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan berita-berita palsu termasuk kenyataan berbaur hasutan, fitnah dan sebagainya.

"Pengenalan undang-undang baharu itu jika perlu, harus dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berlangsung.

"PRU14 semakin hampir dan tiada kemungkinan rang undang-undang baharu akan diperkenalkan semasa tempoh Parlimen sekarang," ujarnya.

Katanya, buat sementara waktu kerajaan boleh menggunakan undang-undang sedia ada untuk membendung sebarang berita palsu. - Sarawakiana
Kalau Perkenal Undang-Undang Bendung Berita Palsu Biar Selepas PRU14 Kalau Perkenal Undang-Undang Bendung Berita Palsu Biar Selepas PRU14 Reviewed by Azmin on February 08, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.