KAPIT: Seorang pemandu van serta beberapa murid dari Sekolah Kebangsaan Antaroh berhadapan detik cemas apabila van yang dinaiki hampir terjunam ke dalam gaung akibat kejadian tanah runtuh di Kilometer 1.1 Jalan Antaroh, Sungai Sebening dekat sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5.30 pagi itu, van berkenaan difahamkan dalam perjalanan menghantar pelajar ke sekolah sebelum roda kiri bahagian depan van itu mencecah tebingan runtuhan tanah di hujung cerun yang curam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 6.30 pagi dan telah mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit bergerak ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian pihak kami mendapati van berkenaan hampir jatuh kedalam runtuhan cerun dan seterusnya membantu menarik van ke tempat yang lebih selamat." katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Supt Freddy Bian ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian tersebut berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam sekitar jam 8 pagi tadi dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
“Ekoran insiden kejadian tanah runtuh tersebut, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kapit telahpun dimaklumkan dan tindakan pantas dengan meletakkan tanda amaran serta penghadang dikawasan tersebut telah dipasang serta merta.” katanya.
Jelas Freddy, jalan tersebut susur berikutan hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.
Bagaimanapun, pihak JKR kini sedang giat membuat jalan alternatif bagi memudahkan pergerakkan pengguna yang ingin melalui jalan tersebut.-Sarawakiana
Tanah Runtuh Nyaris Ragut Nyawa Pelajar Sekolah Di Kapit
Reviewed by Unknown
on
February 08, 2018
Rating:

No comments: