Seo Services

Pasangan Selamba Seks Dalam Tren


PENUMPANG sebuah tren di Rusia dikejutkan dengan tindakan satu pasangan yang melakukan seks di dalam pengangkutan awam itu.

Aksi seks pasangan berkenaan dirakamkan dalam tren metro Nizhny Novgorod di barat Rusia.

Para penumpang semakin terkejut dengan tindakan pasangan itu yang semakin berani apabila wanita berkenaan menanggalkan seluarnya dan berada di atas riba pasangan lelaki.

Menerusi rakaman tersebut, pasangan berkenaan berhenti beraksi setiap kali tren berhenti di stesen.

Walaupun pasangan itu menyedari perbuatan mereka dirakamkan, tetapi hanya mengetawakan dan meneruskan aksi tersebut.

Aksi 'bermadu asmara' itu dihentikan sebaik tiba di stesen Moskovskaya.

Pengguna Internet di Rusia terkejut dengan kejadian itu dengan salah seorangnya, Yulia Isaeva menulis: "Kenapa tiada siapa yang tampil untuk menghentikannya?"

Dilaporkan, polis bagaimanapun enggan mengulas berhubung kejadian. - MirrorUK/mStar
Pasangan Selamba Seks Dalam Tren Pasangan Selamba Seks Dalam Tren Reviewed by uMieySurianie on February 23, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.