Seo Services

Polis Jalani Siasatan Dakwaan Video Seks Chong Wei


KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalani siasatan dakwaan video seks yang menggambarkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata jabatannya akan mengendalikan siasatan.

"Kami menyiasat kes ini dengan tuduhan fitnah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak betul," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat jabatannya di sini pada Rabu.

Beliau menambah bahawa polis telah merakam kenyataan Lee.

Pada Selasa, Chong Wei membuat laporan di Bukit Aman berkaitan dakwaan dirinya dalam video seks yang tular sebelum ini.

"Ia bukan saya. Filem saya bakal ditayangkan dan sesetengah orang cuba memburukkan nama saya," katanya.- mStar
Polis Jalani Siasatan Dakwaan Video Seks Chong Wei Polis Jalani Siasatan Dakwaan Video Seks Chong Wei Reviewed by uMieySurianie on February 14, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.