Seo Services

30 peratus kurikulum menuju Revolusi Industri 4.0



KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi menetapkan 30 peratus daripada kurikulum pembelajaran di universiti-universiti haruslah fleksibel dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ketetapan ini penting bagi memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti dan selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

“Pihak universiti digalakkan untuk menggunakan gamifikasi (gamification) dan kecerdasan buatan untuk memastikan kurikulum atau silibus pengajian dibuat lebih fleksibel dan organik.

“Selain itu, ruang pembelajaran yang berbeza juga wajar disediakan serta pentaksiran pelajar tanpa peperiksaan,” kata Idris di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Anuar Manap (BN - Sekijang) yang bertanyakan tentang apakah tahap persediaan universiti di seluruh negara dalam melahirkan graduan yang mahir selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Tambah Idris, Kementerian Pendidikan Tinggi juga menekankan kepentingan tiada tembok pemisahan antara industri dan akademia.

“Hubungan yang rapat ini penting dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan agar dapat menepati kehendak industri selepas mereka bergraduasi,” kata Idris. - Sinar Harian
30 peratus kurikulum menuju Revolusi Industri 4.0 30 peratus kurikulum menuju Revolusi Industri 4.0 Reviewed by uMieySurianie on March 19, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.