TARIKH 19 Mac pastinya menjadi tanggal paling manis buat penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, dan pasangannya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa, 59.
Selepas 11 tahun menanti rezeki bercahaya mata, akhirnya Siti melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama timangan, Fatimah Az-Zahra, awal pagi Isnin, secara kaedah caesarean.
Kelahiran Fatimah itu amat menggembirakan para peminat Siti dari seluruh pelosok nusantara dan ramai yang tidak sabar melihat wajah permata hati penyanyi tersohor tersebut.
Bagaimanapun, meskipun Siti dan Khalid kedua-duanya bercadang untuk ‘memperkenalkan’ bayi mereka itu dalam sebuah majlis selepas habis tempoh berpantang, namun sekeping gambar yang dikatakan merupakan bayi pasangan tersebut.
Menerusi sebuah artikel yang disiarkan oleh BH Online pada Isnin, Khalid mengesahkan bahawa gambar itu sememangnya memaparkan wajah anak Fatimah.
Comel kan?
Pada pandangan kami, wajah Fatimah saling tak tumpah seperti Siti!
Melihat wajahnya yang jernih dan mata yang bundar, teringat pula kami pada single terbaharu nyanyian bondanya iaitu Comel Pipi Merah yang didedikasikan khas buat si comel ini.
Kami di Mynewshub mengucapkan tahniah kepada Siti dan Khalid atas kelahiran baby girl mereka ini dan kami pasti, puteri ini sudah pasti menjadi kesayangan ramai seperti Siti juga! – MYNEWSHUB.CC
Comelnya! Baby Girl Iras Wajah Siti Nurhaliza
Reviewed by Unknown
on
March 20, 2018
Rating:

No comments: