KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Vladimir Putin atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden Rusia.
"Tahniah Presiden Vladimir Putin atas kemenangan dalam pilihan raya presiden. Malaysia menaruh harapan ke atah menjalin hubungan yang lebih baik dan lebih strategik dengan Rusia," kata beliau menerusi catatan dalam Facebook.
Putin, 65, mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya presiden pada Ahad, untuk melanjutkan tempoh pemerintahannya selama enam tahun lagi sehingga 2024.
Malaysia dan Persekutuan Rusia akan menyambut ulang tahun ke-51 terjalinannya hubungan diplomatik pada 3 April. -- BERNAMA
Najib ucap tahniah kepada Putin atas kemenangan pilihan raya
Reviewed by Admin
on
March 20, 2018
Rating:

No comments: