BANGKOK: Seorang lelaki kelahiran Johor yang lebih dikenali dalam kalangan media Malaysia sebagai Mr T atau Malaysian Iceman mungkin menghadapi hukuman gantung kerana dikatakan terbabit dalam percubaan menyeludup masuk 282 kilogram (kg) Crystal Methaphetamine atau Ice ke Malaysia dua tahun lalu.
Tan Hun Seong dan tiga rakannya sudah didakwa di mahkamah Thailand mengikut Akta Mengenai Langkah-langkah Menyekat Pesalah Berhubung Dadah 1991 dan Akta Narkotik 1979, yang selain memperuntukkan hukuman mati juga penjara seumur hidup.
Menurut dokumen mahkamah, Mr T, berambut putih dan berusia pertengahan 60-an, seorang lelaki Taiwan berusia 69-tahun dikenali sebagai Jimmy dan dua wanita Thailand akan dihadapkan ke mahkamah Jenayah Bangkok pada Mei depan.
Penangkapan Tan oleh sekumpulan pegawai polis bersenjata berat di Lapangan Terbang Hatyai yang sibuk itu pada April tahun lalu mendapat liputan media yang meluas di Thailand dan Malaysia.
Pihak berkuasa mengesyaki Tan yang tinggal di Hatyai dan mempunyai seorang isteri Thai adalah seorang anggota kanan sindiket dadah antarabangsa yang mendapat sumber dadah dari Tiga Segi Emas melalui bahagian utara Thailand dan menyeludupkannya ke Malaysia.
Tan yang ditangkap di lapangan terbang itu sebaik saja pulang dari bahagian utara Thailand dalam satu urusan dadah, fasih berbahasa Thai dan mempunyai beberapa perniagaan di bandar sempadan selatan itu.-BERNAMA
Mr T mungkin dihukum gantung
Reviewed by Unknown
on
March 20, 2018
Rating:

No comments: