Seo Services

Budak 12 Tahun Bercuti Seorang Diri Di Bali


USIA 12 tahun kebiasaannya masih gemar melakukan aktiviti yang disukai terutamanya permainan kanak-kanak. Namun hala sebaliknya berlaku kepada seorang kanak-kanak di Sydney, Australia sudah pandai melancong seorang diri.

Lebih hebat lagi apabila segala pengurusan berkenaan percutiaannya telah dirancang dan diuruskan sendiri dengan baik.

Perjalanannya bermula apabila kanak-kanak lelaki yang tidak dimaklumkan namanya kepada media bertindak mencuri kad kredit milik ibunya selepas bergaduh bersama ibu bapanya di rumah mereka baru-baru ini, lapor akhbar tempatan.

Selepas itu, dia telah menempah tiket penerbangan dan hotel mewah di Bali, Indonesia selepas berjaya mendapatkan pakej pelancongan murah melalui internet.

Dia telah menaiki penerbangan transit dari Sydney ke Perth dan kemudiannya terus ke Denpasar, Bali.

Sepanjang perjalanannya, kanak-kanak itu agak hairan kerana orang ramai yang dijumpainya tidak menegurnya sedangkan dia bersendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Dia hanya ditegur apabila melakukan pemeriksaan keselamatan oleh pegawai berkuasa.

“Pegawai bertugas hanya meminta kad pengenalan pelajar dan pasport untuk membuktikan bahawa saya berumur 12 tahun dan belajar di sekolah menengah,” katanya.

Tidak sekadar itu, kanak-kanak tersebut telah menginap hotel empat bintang, Hotel All Season semasa percutiannya selama empat hari di pantai antara tercantik dunia itu.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Emma terkejut dan tidak dapat membayangkan bagaimana anaknya boleh sampai sejauh itu dengan bersendirian.

Tindakan kanak-kanak tersebut seolah-olah ‘bawa hati’ dan mahu tenangkan fikiran selepas menghadapi tekanan hidup.– MYNEWSHUB
Budak 12 Tahun Bercuti Seorang Diri Di Bali Budak 12 Tahun Bercuti Seorang Diri Di Bali Reviewed by uMieySurianie on April 24, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.