SEOUL 23 April - Polis Korea Selatan melancarkan siasatan terhadap isteri pengerusi Korean Air berikutan dakwaan dia telah mendera para pekerjanya.
Dalam insiden berkenaan, polis berkata mereka menyiasat sama ada wanita terbabit, Lee Myung-hee mendera pekerjanya secara lisan dan fizikal.
Laporan media mendakwa Myung-hee yang berusia 60-an, mendera beberapa pekerja yang mengubah suai rumahnya serta pekerja Korean Air, termasuklah menjerit, memaki, menampar dan menendang mereka.
“Kami telah melancarkan siasatan awal berhubung dakwaan bahawa Myung-hee menyerang dan mendera secara lisan beberapa pekerja,” lapor agensi berita Yonhap memetik pegawai polis enggan dikenali sebagai berkata. - AFP
Isteri pengerusi Korean Air disiasat
Reviewed by Admin
on
April 23, 2018
Rating:
Reviewed by Admin
on
April 23, 2018
Rating:

No comments: