Seo Services

Abang Jo Jamin Bantuan kebajikan Diteruskan


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan kerajaan negeri akan meneruskan bantuan kebajikan kepada penerima bantuan itu di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneruskan bantuan itu meskipun sekiranya kerajaan pusat menamatkan bantuan berkenaan.

Kira-kira 56,000 penerima bantuan kebajikan di negeri ini yang terdiri dari warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan golongan miskin.

“Tanpa mengambil kira peralihan kerajaan pentadbiran, kita meneruskan bantuan ini kerana Sarawak memiliki sumber mencukupi,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sumbangan Bungkusan Aidilfitri untuk pasukan keselamatan di Dewan Undangan Negeri (lama), di sini, hari ini. - Sarawakiana
Abang Jo Jamin Bantuan kebajikan Diteruskan Abang Jo Jamin Bantuan kebajikan Diteruskan Reviewed by Admin on May 23, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.