Seo Services

Menteri Persekutuan Bebas Masuk Sarawak

(gambar utusan borneo)
KUCHING: Semua menteri kabinet kerajaan persekutuan yang kini diperintah Pakatan Harapan (PH) bebas memasuki Sarawak setelah kerajaan negeri menarik balik sekatan tersebut.

Memetik laporan Utusan Borneo, perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak Ken Leben.

“Memang kerajaan negeri menerusi Pejabat Ketua Menteri membenarkan semua menteri persekutuan sekarang memasuki Sarawak.

“Saya menerima arahan itu semalam (Selasa) dan penguatkuasaan pembatalan larangan itu akan dilakukan dalam waktu terdekat,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian bagi mengulas samada kerajaan negeri telah menarik balik larangan memasuki negeri ini terhadap pemimpin PH sebelum ini.

Ken bagaimana pun enggan mendedahkan butiran pembatalan tersebut atas beberapa sebab. - Sarawakiana
Menteri Persekutuan Bebas Masuk Sarawak Menteri Persekutuan Bebas Masuk Sarawak Reviewed by Admin on May 24, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.