Seo Services

Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM10,200


KUCHING - Polis menahan sepasang kekasih dan merampas dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM10,200 dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Taiton, Bau pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Mohd Sabri Zainol berkata lelaki dan wanita terbabit, masing-masing berusia 25 dan 27 tahun, ditahan susulan maklumat awam.

"Ketika serbuan kedua-dua individu tersebut berada di dalam rumah, hasil pemeriksaan lanjut polis menjumpai dua peket lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 34.32 gram.

"Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat menurut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.-BERNAMA
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM10,200 Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM10,200 Reviewed by Unknown on May 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.