Seo Services

4 Warga Indonesia Ditahan Bersama Alat Jaring Ikan Guna Elektrik


LUNDU: Empat warganegara Indonesia ditahan kerana memasuki sempadan Malaysia menggunakan laluan lorong tikus di Kandaie dekat sini pagi tadi.

Tangkapan dibuat kira-kira jam 10.30 pagi ketika pihak tentera dari Rejimen Ke-4 Kor Amor Diraja sedang melaksanakan Op Sekap mendapati empat orang suspek yang menaiki dua buah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, hasil penahanan dan pemeriksaan keempat-empat warga indonesia tersebut memasuki sempadan secara tidak sah dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan.

"Turut dirampas dua buah motosikal bersama dua peralatan yang dipercayai untuk aktiviti menangkap ikan secara haram mengunakan kuasa eletrik," katanya

Difahamkan kesemua warga Indonesia yang ditahan berumur antara 28 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, kesemua suspek serta barang rampasan telah dibawa dan diserahkan ke Balai Polis, IPD Lundu.

4 Warga Indonesia Ditahan Bersama Alat Jaring Ikan Guna Elektrik 4 Warga Indonesia Ditahan Bersama Alat Jaring Ikan Guna Elektrik Reviewed by Admin on July 22, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.