KERAJAAN akan terus memberi keutamaan dalam menyediakan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik kepada rakyat di Sarawak.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, setakat ini, beliau sudah melawat 157 kawasan terpencil di luar bandar dan mendapati penduduk di kawasan ini amat memerlukan pembangunan infrastruktur tersebut.
"Paling kritikal adalah keperluan bekalan air bersih dan sebagai jalan penyelesaian jangka pendek, saya telah meluluskan peruntukan RM1 bilion bagi tujuan itu sementara projek saluran paip grid daripada empangan ke rumah penduduk bagi jangka panjang.
Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa Majlis Minum Petang Bersama Media yang berlangsung disebuah hotel di Bandaraya Kuching sebentar tadi.
Selain bertemu dengan media, majlis perjumpaan tersebut diadakan sempena genap setahun enam bulan beliau mengetuai kerajaan negeri selepas menggantikan Allahyarham Tok Nan sejak memenangi Pilihan Raya Negeri pada Januari 2016.
#IbuPetiwiku
Kerajaan Sarawak Kini Fokus Menyediakan Kemudahan Asas - Abg Jo
Reviewed by Admin
on
July 31, 2018
Rating:
No comments: