Seo Services

"GPS Nafi Kabinet Bayangan”


Gabungan Parti Sarawak (GPS) kesal dan mengecam tindakan pihak tertentu menyebarkan fitnah mengenai poster Kabinet Bayangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan PAS di media sosial, yang turut mengaitkan dua wakil rakyat GPS.

Kabinet Bayangan yang disebarkan di media sosial itu mengaitkan Ketua Whip GPS yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato’ Sri Fadillah Yusof membayangi Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, membayangi Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Tidak pernah ada sebarang perbincangan mengenai Kabinet bayangan, melibatkan BN, PAS dan GPS. Ia hanya fitnah yang sengaja direka oleh “cybertroopers” pihak tertentu yang mungkin bermotifkan kepentingan politik.

GPS yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP), juga sudah tidak ada kaitan dengan BN, sebaliknya ia mengamalkan pendekatan berkecuali serta mesra Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Seperti diumumkan YAB Ketua Menteri Sarawak sebelum ini GPS mesra Kerajaan PH dan akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan negara, hak negeri serta kepentingan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.

GPS akan melindungi kepentingan semua rakyat Sarawak tanpa mengira saiz sesuatu komuniti dalam cara yang inklusif. GPS juga akan fokus kepada kepentingan dan hak Sarawak berdasarkan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963).

Kenyataan Bersama Oleh :

Dato’ Sri Fadillah Yusof
Ketua Whip GPS / Ahli Parlimen Petra Jaya

Dan

Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli Parlimen Santubong

(10.8.2018)

#IbuPertiwiku
"GPS Nafi Kabinet Bayangan” "GPS Nafi Kabinet Bayangan” Reviewed by Admin on August 10, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.