PEMBANGUNAN di Gedong adalah satu proses yang berlangsung sepanjang masa dalam usaha serta hasrat Kerajaan Sarawak menyediakan infrastruktur yang mencukupi kepada rakyat.
Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Datuk Naroden Haji Majais berkata, sememangnya begitulah hasrat setiap orang wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membawa pembangunan ke kawasan masing-masing.
Naroden, yang juga merupakan ADUN Gedong ditemui pemberita setelah melawat projek jalanraya dan tapak pembinaan masjid (Kampung Lubuk Bunting) yang akan dibina dan dinaiktaraf di Kampung Sungai Ba Jaya, Kampung Sabang, Kampung Sungai Labi dan Kampung Tanjung Tanglong di Gedong pada pagi tadi.
Menurut Naroden projek tersebut menerusi JKR Samarahan adalah dibawah peruntukan RTP (Program Transformasi Desa atau Rural Tramsformation Program) ADUN Gedong.
Projek-projek tersebut yang bernilai RM1.1 juta akan melalui proses cabutan undi bagi memilih kontraktor projek pada September ini dan insyaAllah, ianya akan mula dibangunkan pada penghujung tahun ini.
#IbuPertiwiku
Penambahbaikan Infra Penduduk Gedong Satu Proses Sepanjang Masa - Naroden
Reviewed by Admin
on
August 12, 2018
Rating:
No comments: